Monday, October 20, 2008

Ma'arijul Ijfan - Tokku Paloh

Engku Syed (Syed Abd. Rahman bin Syed Mohammad Al-‘Idrus)
Syeikh Ulama’ dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu pada Zaman Pemerintahan Baginda As-Sultan Zainal Abidin III, Negeri Terengganu Darul Iman

Bermula puji itu bagi Allah yang menjadikan Ia akan manusia itu pada yang terlebih elok daripada kejadian dan [me]muliakan mereka itu dengan [men]tauhid akan Dia. Maka menunjuk akan mereka itu kepada jalan yang teguh. (Asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahuu laa syariikalah...tulisan arab). Dan aku ketahui dan aku i’tiqadkan dengan hatiku akan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah jua, akan sebagai syahadah yang menghilangkan ia akan segala syak dan menolong ia atas berjalan kepada makrifat. (wa asyhadu anna Muhammadarrasuulullaah...tulisan arab) Dan aku ketahui dan aku i’tiqadkan dengan hatiku akan bahawasanya sesungguhnya penghulu kita [Nabi] Muhammad [SAW] itu hambaNya dan pesuruhNya yang dibangkitkan akan dia bagi memuliakan kalimah Al-Islam dan menghinakan segala kafir yang dicercakan akan mereka itu.

Dan mudah-mudahan menambahi oleh Allah [swt] akan rahmat atasnya dan atas keluarganya dan [para] sahabatnya yang menghapuskan oleh mereka itu akan segala gelap bida’ah dan membatalkan oleh mereka itu akan segala i’tiqad orang yang sesat mereka itu dan memberi oleh mereka itu akan segala diri mereka itu kerana menolongi ia bagi mendirikan agama Allah hingga menerangkan cahaya agama Allah dan zahir ia dan berhamburan angin pertunjuk ia dan masyhur ia.

Adapun kemudian daripada itu maka bahawa sesungguhnya telah terurailah daripada lidahku simpulan diam [tetap] dan memakai akan daku oleh janji berkata-kata kerana barang yang atasnya daripada orang yang mengekali pada ini masa di dalam jahil daripada mendapat akan petunjuk kepada yang sebenar dan daripada tenggelam mereka itu [di]dalam i’tiqad yang sesat. Maka jadilah tanda petunjuk ini terhapus ia dan jalan yang menyampaikan ia kepada makrifat akan haq itu tersembunyi ia. Maka mengena ia akan daku daripada Allah oleh cemburu yang sangat dan gembira yang dibangsakan kepada ugama pada meng[h]uraikan ini risalah yang sedikit lafaznya, lagi sangat dalam segala maknanya dan penjagaannya. Kerana sabda Nabi SAW, “Maka apabila zahir fitnah dan segala bida’ah maka hendaklah menzahirkan oleh orang yang alim itu akan ilmunya”. Maka barangsiapa tiada kerjakan atasnya itu maka atasnya laknat Allah.
Dan sesungguhnya telah menuntut oleh Allah swt akan ini umat yang Muhammadiah kerana memilihkan bagi kemuliaan kekasihNya yang Maha Besar dan pesuruhNya yang mulia dengan bahawa menolong Ia bagi mereka itu di atas kepala tiap-tiap seratus tahun itu dengan orang yang benar yang membaharukan pekerjaan agamaNya. Dan menzahirkan pada tiap-tiap masa itu akan orang yang memelihara mendirikan segala rukunnya dan menghidupkan segala jalannya.

(Dan) tatkala adalah kebinasaan pada agama itu umum ia dan lemah pada tauhid atas jalan yang diperjalankan oleh segala ulamak hakikat supaya mengambil manfaat dengan dia insya-Allah Ta’ala oleh barangsiapa menerima akan dia dengan hati yang sejahtera daripada segala saudara dan taulan. Dan aku nama akan dia, “Tangga bagi orang yang sangat dahaga”, naik kepada martabat segala hakikat makrifat.

wassalam

No comments: